Tuesday, January 13, 2015

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Tepat jam 12.35 tengahari, hari Khamis, 13 Muharram 1436 H bersamaan 6 November 2014 M, seorang bayi kecil seberat 3kg telah selamat dilahirkan di Hospital Swasta an-Nisa', Kota Bharu. Kelahiran bayi tersebut disambut oleh Dr. Roseliza Muhamad. Berada bersama Dr. ketika itu, 2 orang staf, seorang ustazah, Abu Rifqi & semestinya Mama Rifqi dan Mama ( isteri papa ). Selepas itu barulah Ma, A.eib dan BB tiba. Hampir 3,4 kali 'meneran', barulah bayi dapat keluar sepenuhnya. Mama Rifqi berada di an-Nisa' sejak petang selasa lagi. Sepanjang mengandung Mama buat pemeriksaan di klinik Lily dan bercadang untuk bersalin di situ. Namun di saat-saat akhir tempoh kelahiran, kencing manis mama didapati tinggi sedikit, jadi Dr. Lily hanya benarkan mama bersalin di situ jika tidak melepasi tarikh due iaiatu 4 november 2014. Pada tarikh tersebut, belum ada tanda-tanda bersalin lagi, maka Dr. Lily buat surat untuk refer ke mana-mana hospital yg mempunya peralatan yg lebih lengkap. Kami pilih an-Nisa' kerana keluarga kenal Dr. Roseliza. Hari selasa, lepas zohor, kami pergi ke an-Nisa', daftar dan bayar deposit RM1000. Alhamdulillah, bilik perseorangan ada kosong. Kami tinggal di situ. Hari pertama, Dr. dtg periksa dan bagi ubat 'induce'. Misi datang cek jantung baby, degupan kurang normal, agak laju. Kami berdebar dan resah. Pada malamnya, degupan jantung dah normal hinggalah ke hari seterusnya. Pasal ubat indius tadi, mama rifqi tidak rasa sakit lagi. keesokkan harinya, hari rabu, Dr. datang bagi ubat indius lagi, pun tidak ada tanda nak bersalin lagi. Pagi khamis, sekitar jam 9 pagi, Dr. datang bagi ubat indius lagi. Sejam selepas tu, mama dah mula rasa sakit, makin lama makin sakit, yang peliknya sakit mama tidak ada waktu rehat, terus-terusan sakit. Biasanya kita dengar, sakit nak bersalin ni, sakitnya tak berterusan, ada waktu tak sakit. tapi mama tidak macam tu, sakit terus-terusan. Staf cek jalan, 2 cm, kemudian datang cek lagi, 4 cm. sepatutnya tak perlu masuk bilik bersalin lagi, tapi melihat keadaan sakit mama yang tak henti-henti, staf putuskan untuk masukkan mama ke bilik bersalin. Sekitar pukul 11.30 tengahari mama dimasukkan ke bilik bersalin, Dr. Roseliza datang cek jalan, baru 2 cm. Tadi staf cakap dah terbuka 4 cm? staf tersilap.. Mama berpeluh menahan kesakitan, tangan Abi dipegangnya tak lepas-lepas. Mulut tidak putus berzikir, antara zikir yang kerap diucap 'Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innai kuntu min az-zholimian'. mama juga kerap meyebut 'Allah Akbar. Berkaca mata abi melihat mama menahan kesakitan. Mama terus pegang tangan abi, mama bergerak kiri kanan menahan perit, terkadang kain selimut terjatuh sedikit dari katil menyebabkan kaki mama terdedah, abi tak perasan, mama marah abi sebab tak peka, abi betulkan balik, abi betulkan balik dan minta maaf sebab cuai, dari pembacaan abi, abi dapat tahu emosi perempuan tidak stabil waktu-waktu macam ini. Alhamdulillah, abi dapat praktikalkan teori tersebut. Dr. datang cek jalan, baru 4 cm. Dr. pecahkan air ketumban, Dr. suruh mama mengiring, lagi mudah proses bersalin katanya. Dr pergi ke bilik lain yang dipisahkan dengan kain tabir, rupanya ada wanita lain yang hampir bersalin juga. kedengaran suara Dr. dan pembantu-pembantunya memberi arahan dan kata-kata semangat.. terang lagi.. terang lagi.. sikit lagi.. sikit lagi.. uwaaaaaa..... uwaaaaa... uwaaaaaa... Alhamdulillah, bayi selamat dilahirkan. Tapi bukan bayi kami, bayi wanita tadi.. Mama terus bertahan, menahan sakit, peluh membasahi tubuh mama, kelihatan jelas di wajah, rambut mama basah, macam baru lepas mandi, Dr. datang selepas selesai dengan wanita tadi. Dr. cek, dh 8 cm. Dah boleh nak teran.. 2 orang pembantu dan seorang ustazah ada bersama memberi arahan dan kata semangat. teran kali pertama tak berhasil. mama tarik nafas, kumpul tenaga, tunggu sakit dtg, mama teran kali kedua, dah nampak kepala, tapi belum berjaya lagi, kali ketiga, mama tutup mulut rapat2, jgn bunyikan suara waktu teran, tangan pegang buku lali, sakit datang, mama teran, makin nampak kepala bayi, tapi mama semput.. Mama kena sambung teran, tidak boleh berhenti dalam jangka masa lama, abi bagi semangat, mama ( isteri papa ) pun sama, semua kata mama boleh, mama tarik nafas panjang2, mama rapatkan mulut, sakit datang, mama terang.. akhirnya.. uwaaaaaaaaaa.....uwaaaaaaaaaaaaa.....uwaaaaaaaaaaaaa...... Alhamdulillah, baby kami dah selamat dilahirkan, sejurus lepas tu baby berak, staf bawa baby untuk dibersihkan. manakala Dr. menjahit koyakkan mama. abi call keluarga terdekat untuk maklumkan. 15 minit kemudian, ma, a.eib n bb sampai. selepas itu staf bawa baby untuk abi azankan dan iqamatkan. abi tunjukkan pada mama, mama.. anak kita ni.. mama menangis gembira. staf ambil balik baby. adapun uri, staf bersihkan siap-siap, abi minta owi bawa pulang dan minta tolong us safarin tanamkan. Kami pergi ke bilik sebelum ini, menunggu staf bawa baby ke bilik. sejam kemudian, staf datang dengan baby, kali pertama susukan baby, mama rimas, berpeluh mama, walhal sejuk je bilik, siap pasang aircond lagi. mama kata susu tidak keluar. bayi menangis tidak cukup susu. panggil staf, staf cakap susu ada, cuba lagi. baby kenyang walaupun dengan sedikit susu, perut bayi waktu ni hanya sebesar guli. mama cuba dan cuba, tapi tak berjaya. akhirnya panggil staf dan minta disusukan dengan susu formula. baby kenyang, tidur, bangun dan menangis kelaparan. mama bagi susu dada, susu tidak ada, mama cuba dan cuba, pun tak dapat kenyangkan baby, panggil staf lagi sekali, staf suruh juga mama bagi susu dada. mama akur, mama cuba, tak dapat. abi pergi panggil staf, staf datang ke bilik, jam waktu tu pukul 11 malam. staf bagitahu dia akan bagi susu formula dan letakkan bayi di bilik bayi. staf tidak akan pulangkan bayi lagi pada malam tu sebab sudah lewat. kami akur, tapi hati sedih teringat kat baby. pagi esok, kami tak sabar nak tengok baby, tapi staf belum bawa datang lagi. staf yaang datang cek mama bagitahu, lambat sikit sebab nak ambik gambar baby dan ada pakar baby nak cek baby. pukul 9 pagi lebih kurang, staf datang bawa baby, kemudian pakar baby datang bagitahu baby alhamdulillah.. normal, cuma bahagian batu besar sedikit. kemungkinan besar kulit baby masih 'sembab'. pakar minta datang minggu depan, untuk pastikan.. Hari ni hari jumaat, abi pergi solat jumaat dengan owi. sempat lagi beli nasi kabsah abu mahir. cadang nak makan kat hospital, tak jadi, sampai kot hospital, kak ni dan aidil ada. abg e dan hakim tak balik lagi dari solat jumaat. tunggu abg e datang, lambat lagi. Kak ni suruh kami balik dulu. Sebelum balik, abi pergi kaunter untuk jelaskan pembayaran, staf bagi resit pembayaran, tertera angka 2400. owh, rm2400.. sebelum ni dah bayar deposit rm1000, baki lagi rm1400 jelah. abi buka beg nak ambil duit, terlintas di fikiran, rm2400 jumlah keseluruhan ke atau rm2400 yang perlu dibayar lagi. tanya staf untuk kepastian, "en. rm2400 lagi yang perlu dibayar".. fuhh.. nasiblah abi pergi draw lagi rm1000 masa balik dari solat jumaat. abi bagi kat staf rm2400. maknanya total semua sekali rm3400. Banyaklah juga yang kena keluar, mujurlah ma yang sponser rm2500, abi hanya keluarkan rm900 je. terima kasih ma!! semoga Allah membalasinya..